Iftitah


" WAFATKANLAH AKU DALAM KEADAAN ISLAM DAN GABUNGKANLAH AKU DENGAN ORANG-ORANG SOLEH "

Thursday 24 May 2012

Hati HITAM berbicara



Bersama titisan hujan aku melakarkan episod  malam ini. Titisan hujan yang jatuh longlai didada bumi yang semakin suram. Bersama kedatangan malam aku terpaku dengan mehnah yang mendatang. Hatiku resah dengan krisis yang datangnya bersilih  ganti seiring dengan putaran waktu. Suasana malam ini seakan berbicara. Seakan menyindirku.

Aku fikir, malam sebegini lebih enak jika terus dibuai mimpi-mimpi indah.Tanpa secalit rasa “rugi” membiarkan malam indah ini berlalu sepi. Sepi tanpa kalam-kalam pernghambaan. Sepi tanpa rintihan yang panjang. Sepi tanpa ucapan syukur. Tetapi mengapa aku tidak dapat merasakan keindahan itu..tidak dpaat merasakan keindahan yang turun bersama rintik hujan yang melebat. Seakan-akan ada yang menari-nari dalam fikiranku..Allah..kenapa dengan diri aku?  Hati resah kerana dosa! Aku tersentak dengan kalam itu.
Ya! Dosa yang meruntuhkan keutuhan nuraniku. Bocor dan ternoda dek maksiat dan kemungkaran.

Mengapa hatiku begitu sukar untuk berbicara denganMu? Mengapa anggota sihatku sukar digerakkan untuk Mu? Aku rindu mendengarkan pujukan wahyuMu dan untaian kalam dari insan agung, KekasihMu..agar hati ini dekat dan tidak ghaflah daripadaMu , ya Allah..

Dingin malam menusuk hingga ke tulang hitam ini bukan masa yang bagus untuk berwuduk. Rela aku habiskan masa dengan berlengah-lengah.
“Bukalah al-Quran dan bacalah ayat-ayatNya jika kau ingin berbicara denganNya..” Pesan ar Rahim lagi. Hati ini mengeluh lagi.Malas! Buang masa dengan mengeluh! Duhai diri, gelapnya hati ini. Dan betapa tingginya egoku dan carta dosa yang bertakhta di hati. Aku malas. Aku jemu. Aku longlai untuk mengatur khittah untukMu.

Hujan diluar sana seakan-akan “memberi peluang” untukku mendengar rintiknya. Sekejap lebat, sekejap reda butirannya melantun dibumi. Tapi aku masih disini. Aku membuka jendela kamarku. Melihat dada langit  bertemankan rintik hujan. Tapi, ia begitu suram.  Seakan-akan tidak membenarkan aku menatap dirinya yang indah. Mungkin makhluk Allah itu juga sudah benci pada aku yang bergelumang dengan dosa! Tapi, Tuhan tak begitu kan?

Aku yakin! Selagi aku tak jemu merintih kelpaanku padaNya sebagai  seorang hamba yang menanti jaza’  , selagi itu Kau tak jemu mendengar rintihanku, kan?  Bukankah Kau bersifat as-Sama’, ar-Rahim, al Ghaffur? Tuhan..aku ini hina. Aku lemah. Tapi cukupkah sekadar keluhan  lesu sebegini? Apakah ibadat yang tempang, dosa yang menggunung akan terhapus hanya dengan keluhan..Ah! Alangkah indahnya jikalau begitu. Ibadat malas, dosa dihimpun kemudian mengeluh dan terus mengeluh mengharapkan maghfirah. Tentu sekali enak jika ini benar,kan?  Tapi, bukan begini caranya. AH! Aku pandai berbicara sahaja. Tak guna!

Sesekali pancaran cahaya kilat dan dentuman guruh singgah dipendengaran. Seakan-akan memprotes teka-tekiku terhadap maghfirahNya. Aku lebih enak bermonolog sendirian. Hatiku terpujuk untuk bersendirian begitu. Bodohnya aku. Tapi, Kau masih sudi menyapa hati yang berlumuran dosa. Hati ini..

“Bangun. Dan berwuduklah!” Bagai ada gema suara yang meminta berbuat demikian. Melilau aku mencari arah suara itu. Bulu roma meremang.Siapakah. Masih bermonolog.

“Aku nak berbicara denganNya..tapi nantilah..aku malas!”  Tidak tahu jawapan itu ditujukan pada siapa.Ah, pedulikan!
Hebatnya berperang dengan diri.Berperang dengan diri memang payah. Ramai yang bercita-cita kecundang di medan perang dengan harapan mendapat syahid..tapi bila berhadapan dengan nafsu? Kita  sudah kecundang pada pusingan awal. Bagaimana?



“Dunia hanya ditangan bukannya dihati..” Tiba-tiba teringat bait nasyid .Oh, waktu-waktu gila ini aku masih boleh fikir pasal nasyid? Apa kena dengan aku ni! Ya. Lagu itu pernah aku menjadikan ia sebagai muhasabah harianku sebelum ini. Sekarang?  Hanya sekadar lagu. Kosong!

“Bila engkau dikuasai dunia. Kau akan merasa tuan bila berhadapan dengan Tuhan. Bukan sebagai hambaNya lagi..”

Suara itu! Dari mana bertandangnya suara-suara itu? Makhluk manakah yang berbicara seperti itu? Terasa dekat sekali.

Duhai diri..jangan berteka-teki dengan Allah..Jangan lengahkan taubat bilamana Allah masih memberi ruang untuk kita bertaubat. Bertaubatlah sebelum sakaratul maut bertandang. Jangan jadi seperti Firaun yang taubatnya sudah tidak dipandang olehNya.

“Duhai hati, masih berdenyutkah nadimu? Masih bisa digerakkan lagi anggota sihatmu?”
“Ya. Masih!”
“Lekaslah berwuduk”
“Ah! Malas.”
Hati, kau masih berdegil. Sedangkan hari demi hari umurmu semakin meningkat dan baki masa untuk kamu menumpang dibumi ini semakin berkurangan. Hari demi hari semakin dekat menuju liang lahad. Tapi langsung kamu tidak endahkannya? Oh! Hati..Ingatlah mati!

Dan terasa sejuk simen mencengkam telapak kakiku. Paip air dibuka dan terus berwuduk. Aku ingin bercakap denganMu dalam solatku dan berdialog denganMu melalui wahyuMu. Itu tekad aku!

Hujan diluar semakin reda. Begitu juga dengan pancaran kilat dan guruh. Sudah tidak kelihatan dan kedengaran lagi. Dahi  mencecah lantai, bagai ada perasaan yang menjalar. Air mata luruh dalam sujud. Seakan-akan mengganti hujan diluar yang kian reda membelai malam di dataran bumi yang masih basah.Malam kian tua.Selangkah lagi dinihari akan menyingkap tabirnya..



Dan hati ini amat bersyukur. Dikurniakan hati yang “baru”..akan kubajai ia menjadi mahkota yang paling agung!

Hati adalah anggota yang terpenting dalam membentuk sahsiah soleh :) So, jagalah hati!

Saturday 14 April 2012

:: Kembali Menconteng :) ::




                                           ~ Tuhan memanggilku bersamaNya ~

Alhamdulillah..akhirnya terbuka jua hati untuk terus membuat akaun baru selepas dihacked beberapa bulan yang lalu..idea bercambah-cambah dalam kepala..tapi tak tahu nak curah, nak luahkan kat mane..Yelah..blog tak ade..twitter pon tak ade..takkan nak buat esei dekat mukabuku kot? Tapi..ni bukan port untuk saya luahkan rase secara total..cume nak main tekan-tekan keyboard laptop ni je..sebab dah tak ade keje nak buat..esaimen pon dah tak ade tajuk nak buat..Tunggu bulan 9 nanti pulak baru dapat tajuk "baru" esaimen..hehe :D 

Sekarang, genap sebulan bertapa kat rumah..Tersangat sunyi..cuma ada ma, abah, adik dan saye..kadang-kadang rase macam anak tunggal pon ade..Time kuliah dulu, saye rase saye lah orang yang paling happy..tiap-tiap hari boleh suke..kali ni? kih3..Alhamdulillah..berjaya menamatkan status sebagai "pelajar diploma"..hehe..3 tahun bergelut dengan tulisan-tulisan arab setiap hari..Bagi sesetengah orang bahasa arab ni susah..saye jugak akui pada mulanya..tapi lame-lame, OK! Herm..bila bersendiri..kenangan-kenangan lampau menyapa fikiran..terkenang saat mula-mula melangkahkan kaki ke alam kampus..di Universiti Termasyhur kat negeri Penyu Menyu..:) Mula-mula masuk dah buat keje jahat..hehe..time nak daftar punye la ramai orang..Barisan tak nampak barisan..Barisan bentuk S? Macam aneh je..saye pon buat aneh jugak..duk menyelinap dalam barisan S tu..last2 pendaftaran saye hanye setengah jam dan dapat no ID yang comel! Orang lain berjam-jam duduk, berbaris, keluar masuk toilet..kik3..Mintak maaf ye semua..lame sangat nk kene menunggunye..hee~




Perubahan besar yang saye rase berlaku dalam diri sementelah di alam kampus..Setiap lahzah perlu dimanfaatkan dengan semaksima yang mungkin..terasa masa dibahagi-bahagi hingga satu masa terduduk bingung..Jangan biarkan kelemahan menguasai diri..bangun dan bina kekuatan..umat Islam kan kuat? :) Siang malam meniti hari penuh makna..bersama sahabat-sahabat, kawan-kawan, teman-teman dan rakan-rakan..sungguh bahagia dengan nikmat itu, ya Allah..bilakah detik itu akan kembali tiba?

Disini saye kenal erti S.U.S.A.H..disini saye faham apa yang ada pada perkataan yang punya 7 abjad U.K.H.U.W.W.A.H..disini juga saye mula gerakkan hati dan jasad menujuNya..dan disini saye temui D.I.R.I yang selama ini dalam dilema..alhamdulillah..NikmatMu sungguh indah. RahmatMu sungguh luas..Di sini saye kenal seorang kakak..Ya! Insan yang banyak mentarbiyyah..terpancar ketulusan beliau diwajah suci yang tak pernah lekang dengan senyuman manis dan plus2 lagi dengan gigi rebit :) Setiap bait katanya menyerap dinubari..dari hati ke hati..seolah-olah ada tarikan magnet? Magnet IMAN? Ya Allah..sayangnya aku pada beliau..Perkara yang tak pernah saye lakukan, beliau yang menjadi jambatan untuk saye..Allah hantar beliau untuk saye..murninya hatimu ukhti..tika aku tersungkur..beliau hulurkan tangan untuk teguh berdiri bersamanya..Allahurabbi~

Eh..saye tak nak buke cite sedih la..apa yang penting..saye sangat sayangkan beliau..sayang lillah! Herm..teringat lagi..kalo time2 macam ni..saye mmg tak de kat bilik..berjaulah kat bilik sahabat-sahabat..macam2 peseng ade lagaknye..mentelaah novel, study cite korea..tapi time exam je terus kite bergelumang dengan kitab-kitab wa muzakkirah kesayangan kite tu..termasuk saye jugak le tu..hehe

Tapi, sekarang dah tak boleh buat macam tu kan? Tak boleh main-main dengan masa..dengan masa tu la hidup kita berubah. Hari-hari yang kite lewati sudah tentu mematangkan diri kite..pada saat ini, harus ada perubahan positif dalam diri masing-masing..Alasan "aku memang macam ni" boleh dipakai..tapi pakaikanlah ia dengan pakaian kematangan..:) Berfikir dengan matang, bercakap dengan matang dan bertindaklah dengan kematangan..insyaAllah hidup akan terasa positif..:)

Mungkin ni dulu entry “terawal” yang dapat saye tulis..sebab dah lame tak berceloteh maya jadi macam terbantut idea pulak..hehe..insyaAllah ada kelapangan masa dan keizinan waktu saye akan muncul kembali dengan entry “lain”..jaga diri, jaga iman..wassalam :)